Kajian Memperlihatkan Mengapa Pengguna Malaysia Gemarkan BBM

Kajian Memperlihatkan Mengapa Pengguna Malaysia Gemarkan BBM

Diterbitkan pada Apr 13, 2011 oleh .

Melalui suatu kajian ringkas yang telah diadakan di Asia Tenggara, ianya memperlihatkan mengapakah perkhidmatan mesej BlackBerry, ataupun lebih dikenali sebagai BlackBerry Messenger amat popular dikalangan para pengguna. Ianya diperkatakan yang mana buat masa ini, lebih daripada 35 juta pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut secara aktif diseluruh dunia.

Di Malaysia sahaja, hampir setiap penyedia talian telekomunikasi menawarkan BlackBerry dengan pakej-pakej masing-masing, sekaligus menjadikannya bukan sahaja popular dikalangan para pengguna perniagaan, tetapi turut sama popular dikalangan para pengguna.

Melalui kajian yang dijalankan, ianya memperlihatkan, antara fungsi yang menjadikan BlackBerry Messenger itu popular di Malaysia adalah termasuk:

  • Kebolehan berkongsi apa yang sedang diorang perdengarkan.
  • Kebolehan mengetahui samaada sesuatu mesej itu sudah dihantar dan dibaca ataupun tidak.
  • Kebolehan untuk memilih gambar profail BBM.
  • Kebolehan untuk menghantar mesej tanpa had.
  • Kebolehan untuk membuat kumpulan tersendiri pada BBM.
  • Tiada sebarang caj tambahan dikenakan selain daripada caj data sahaja.

Melalui kajian yang dilakukan juga, ianya memperlihatkan yang mana para pengguna BBM lebih rapat dengan keluarga dan rakan-rakan mereka yang lain, jikalau dibandingkan dengan perkhidmatan IM yang lain. Ianya juga diperkatakan yang mana para pengguna BBM menghantar lebih 50% mesej berbanding pada platform IM yang lain.


TIPS & ULASAN