Carian
Joomla! Day Malaysia 2011 Bakal Diadakan Pada 25 Jun
April 13, 2011 Aman

Selain daripada WordCamp Asia yang bakal diadakan di Kuala Lumpur sekitar bulan Mei nanti, para pembangun disebalik JomSocial akan membawakan Joomla! Day Malaysia 2011 pada bulan 25 Jun ini. Buat masa ini, perancangan awal sudah pun dimulakan, dan ianya bakal diadakan di Cititel MidValley, Kuala Lumpur.

Buat masa ini, pendaftaran dan yuran penyertaan masih lagi belum diumumkan lagi. Namun info lanjut mengenainya dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Melalui penganjuran Joomla! Day Malaysia setiap tahun, ianya membawakan para pengguna Joomla, bertemu bersama-sama dengan para pembangun dan perekabentuk serta pakar-pakar Joomla, dalam membincangkan pelbagai perkara berkaitan Joomla.

Komen