Cari @ Amanz

UberMedia yang mana mengawal beberapa aplikasi Twitter terkemuka, termasuk UberSocial, Twidroyd, dan TweetDeck kini diperkatakan yang mana akan melancarkan salah satu perkhidmatan yang seumpama Twitter, sekaligus bersaing dengan Twitter sendiri. Namun begitu, masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak UberMedia buat masa ini.

Melalui laporan daripada CNN, ianya diperkatakan yang mana pesaing Twitter yang bakal diperkenalkan oleh UberMedia ini kelak akan membolehkan para pengguna menghantar mesej yang lebih panjang daripada 140 aksara. Buat masa ini, UberMedia diperkatakan mengawal hampir 11.5% daripada tweet setiap hari, dan ianya mungkin akan memberi impak besar sekiranya dilancarkan kelak.

Sebelum ini, Twitter telah mengantung aplikasi UberTwitter dan Twidroyd diatas kesalahan penggunaan mereka, namun ianya diaktifkan kembali setelah pihak UberMedia memperbetulkan dan mengikut terma Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd