Facebook Memperlihatkan Status Talian Pengguna Pada Profail

Facebook Memperlihatkan Status Talian Pengguna Pada Profail

Diterbitkan pada Apr 13, 2011 oleh .

Hari ini, Facebook memperkenalkan salah satu kemaskini minor pada halaman profail mereka, dimana kini pad halaman profail setiap pengguna Facebook, ianya diperlihatkan samaada pengguna itu sedang berada atas talian ataupun tidak melalui suatu titik khas bersebelahan dengan nama pengguna tersebut.

Dengan klik padanya, ianya secara terus akan membuka kotak dialog sembang Facebook Chat dipenjuru kanan laman seperti biasa, dan para pengguna boleh bersembang dengan rakan anda seperti biasa. Selain daripada itu, sekiranya rakan anda tidak berada atas talian pada sesuatu ketika itu, mesej tersebut akan dihantarkan terus ke bahagian Messagees, membolehkan mereka membacanya apabila mereka membuka Facebook kelak.

Ianya diperkatakan yang mana fungsi ini masih lagi sedang diperkenalkan secara berperingkat, namun begitu ianya seperti sudah boleh diakses oleh kebanyakkan pengguna Facebook seluruh dunia.


TIPS & ULASAN