Pemenang Anugerah Keunggulan Frost & Sullivan Malaysia 2011 Diumumkan

Pemenang Anugerah Keunggulan Frost & Sullivan Malaysia 2011 Diumumkan

Diterbitkan pada Apr 14, 2011 oleh .

Seperti tahun lepas, tahun ini Frost & Sullivan telah mengadakan acara Anugerah Keunggulan Frost & Sullivan Malaysia, dimana melalui kajian dan analisa yang dikendalikan oleh Frost & Sullivan, pemenang untuk beberapa kategori ditentukan, termasuk juga kategori ICT.

Para pemenang setiap kategori diperkatakan telah mempamerkan keunggulan mereka yang tersendiri dalam segmen pasaran masing-masing. Berikut merupakan pemenang Anugerah Keunggulan Frost & Sullivan Malaysia 2011 untuk kategori ICT:

  1. Aplikasi Pusat Komunikasi Terbaik (Contact Center Applications Vendor of the Year : Avaya (M) Sdn Bhd
  2. Penyedia Perkhidmatan Data Komunikasi Terbaik (Data Communications Service Provider of the Year : Telekom Malaysia Bhd
  3. Penyedia Jalur-Lebar Terbaik (Broadband Service Provider of the Year : Telekom Malaysia Bhd
  4. Penyedia Perkhidmatan Mudah-Alih Terbaik (Mobile Service Provider of the Year : Maxis Communications
  5. Penyedia Perkhidmatan Terbaik (Service Provider of the Year) : Celcom Axiata Bhd
  6. Penyedia Aplikasi Paling Inovatif (Most Innovative Application Provider of the Year : Terato Tech
  7. Penyedia Perkhidmatan Yang Menarik (Most Promising Service Provider of the Year : Tune Talk
  8. Penyedia Perkhidmatan Pengurusan Sekuriti Terbaik (Managed Security Service Provider of the Year : VADS Bhd
  9. Penyedia Perkhidmatan BPO Terbaik (BPO Service Provider of the Year) : Scicom
  10. Pembekal Peralatan Wireless dan Wireline Terbaik (Wireline/Wireless Telecoms Equipment Vendor of the Year): Huawei
  11. Pembekal Sekuriti Rangkaian Terbaik (Network Security Vendor of the Year) : Check Point Software
  12. Pembekal Perkhidmatan Telefon Perniagaan Terbaik (Enterprise Telephony Vendor of the Year) : Aastra Telecom Sdn Bhd

TIPS & ULASAN