Nampaknya, kini TM terus menambah para pengguna UniFi mereka dengan pantas. Hari ini, para pengguna UniFi seluruh negara telah pun melangkaui angka 65,000 orang pengguna, peningkatan sebanyak lebih 5,000 pengguna sejak ulang-tahun pertama UniFi pada penghujung bulan Mac yang lepas.
Seperti sedia maklum, UniFi merupakan penyedia jalur-lebar berkelajuan tinggi pertama di Malaysia, diperkenalkan pada bulan Mac yang lepas, dan kini ditawarkan dibeberapa bandar utama seluruh negara. Selain daripada TM, kini beberapa penyedia turut mengikut jejak langkah dengan memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar mereka sendiri, termasuk TIMEdotcom dan juga Maxis Home.
Dengan pertambahan sihat para pengguna UniFi, berkemungkinan kita akan dapat melihat angka pengguna UniFi terus bertambah dengan drastik sepanjang tahun ini. Bolehkah ianya mencapai angka 100,000 pada penghujung tahun ini? Sama-sama kita nantikannya.
Sekarang, UniFi telah mempunyai lebih 65,000 pelanggan.