Cari @ Amanz

Selain daripada pengumuman berkenaan dengan Windows Phone “Mango”, Microsoft juga turut sama mengumumkan yang mana aplikasi sembang atas talian popular, Skype turut sama akan diperkenalkan untuk para pengguna Windows Phone 7 tidak lama lagi.


Skype Akan Diperkenalkan Untuk Windows Phone [via]

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh rasmi diumumkan oleh pihak Microsoft, namun ianya semestinya bakal menjadikan komunikasi pada Windows Phone lebih menarik lagi. Mungkin juga dalam masa beberapa bulan lagi kita akan dapat melihat peranti Windows Phone baru yang didatangkan dengan kamera hadapan, sekaligus menyokong panggilan video padanya melalui Skype kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd