IE9 Mobile Beraksi Cemerlang, Menewaskan Pelayar Web Android Dan iOS

IE9 Mobile Beraksi Cemerlang, Menewaskan Pelayar Web Android Dan iOS

Diterbitkan pada Apr 14, 2011 oleh .

Selain membandingkan pelayar web desktop, Microsoft juga hari ini memperlihatkan perbandingan pelayar web mudah-alih, Internet Explorer 9 Mobile pada Windows Phone bersama-sama dengan pelayar web pada Android dan iPhone. Seperti diketahui, pelayar web Microsoft beraksi dengan lebih cemerlang dalam ujian HTML5 yang dilakukan oleh mereka.

Melalui demo tersebut, ianya memperlihatkan yang mana Windows Phone “Mango” memperlihatkan 20 FPS,diikuti dengan Android pada kadar 11 FPS, dan pada tempat terakhir iPhone 4 dengan hanya 2 FPS sahaja. Microsoft sebelum ini telah memperlihatkan pelayar web mudah-alih mereka Internet Explorer 9 Mobile pada bulan Februari yang lepas, dan dijangka akan dilancarkan bersama-sama kemaskini Windows Phone “Mango” kelak.

Perbandingan pelayar web terbina pada peranti mudah-alih ini semestinya akan menimbulkan pelbagai persaingan sihat, dan mungkin kita akan dapat melihat respon daripada para pembangun pelayar web mudah-alih, ataupun daripada pembangun Android dan iOS sendiri tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN