Goo.gl Dikemaskini Dengan Beberapa Fungsi Baru

Goo.gl Dikemaskini Dengan Beberapa Fungsi Baru

Diterbitkan pada Apr 14, 2011 oleh .

Sejak memperkenalkan peringkas URL mereka tersendiri, Goo.gl telah menjadi salah satu bualan hangat, dimana ianya kini merupakan penyedia peringkas URL yang paling pantas sekali. Kini, Google terus menambah beberapa fungsi baru padanya, menjadikannya lebih menarik lagi berbanding sebelumnya.

Salah satu perkara baru adalah dimana kini para pengguna boleh menyalin URL yang diringkaskan dengan lebih pantas lagi dengan hanya tekan CTRL + C selepas meringkaskannya, berbanding sebelumnya yang mana mereka perlu memilih dan menyalinnya secara manual. Selain daripada itu, salah satu fungsi yang dinantikan sekian lama, iaitu kebolehan untuk memadam sesuatu URL itu daripada dashboard turut diperkenalkan, sekaligus memudahkan anda melihat hanya pautan yang dikehendaki sahaja.


Fungsi Menyorokkan URL Yang Tidak Dikehendaki Pada Goo.gl

Pada masa yang sama, Google terus sama memfokuskan peringkas URL mereka, goo.gl untuk terus menjadi yang paling pantas dan boleh dipercayai berbanding penyedia yang lain. Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi, lebih banyak perkara baru akan diperkenalkan oleh mereka.


TIPS & ULASAN