IE10 Tidak Akan Menyokong Windows Vista

IE10 Tidak Akan Menyokong Windows Vista

Diterbitkan pada Apr 14, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan Internet Explorer 9 yang hanya didatangkan untuk para pengguna Windows Vista dan Windows 7, kini ianya diperkatakan yang mana Internet Explorer 10 kelak tidak lagi akan menyokong Windows Vista, dan hanya akan menumpukan kepada dua sistem operasi yang terbaru sahaja.

Ianya mungkin salah satu strategi daripada Microsoft untuk mengalakkan para pengguna Windows yang pada masa yang sama meminati Internet Explorer untuk mengemaskini sistem mereka, dan menggunakan pelbagai teknologi baru yang didatangkan bersamanya. Buat masa ini, Vista merupakan sistem operasi ketiga paling popular didunia dengan lebih kurang 10% pengguna seluruh dunia menggunakannya.

Sebelum ini, ianya telah diura-ura akan yang mana Internet Explorer 10 kelak akan didatangkan bersama-sama dengan Windows 8 kelak, dan Microsoft sendiri telah memperkenalkan versi pembangunan pertama Internet Explorer 10 yang mana tidak membawakan sebarang perubahan drastik padanya buat masa ini.


TIPS & ULASAN