HTC Desire S Akan Dijual Pada Harga RM1,799

HTC Desire S Akan Dijual Pada Harga RM1,799

Diterbitkan pada Apr 14, 2011 oleh .

Dengan HTC Desire S yang dijangka akan dilancarkan esok, kini harganya sudah pun mula kelihatan, dimana HTC Desire S akan berharga RM1,799 di Malaysia. HTC Desire S juga boleh didapati di semua Maxis Centre seluruh negara bermula daripada 15 April, dimana anda boleh mendapatkannya pada harga semurah RM1,299 melalui Maxis.


Harga HTC Desire S Pada Maxis [via]

Maxis menawarkan HTC Desire S pada harga serendah RM1,299 dengan kontrak selama 24 bulan, RM1,399 dengan kontrak 18 bulan, dan RM1,499 dengan kontrak selama 12 bulan. Para pelanggan yang berminat boleh mendapatkannya bersama-sama dengan pakej dan pelan yang disediakan oleh Maxis.

Ianya juga berkemungkinan besar akan dijual di pengedar-pengedar HTC seluruh negara pada harga RM1,799.


TIPS & ULASAN