Maxis hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka menjadi penyedia telekomunikasi tempatan yang pertama meliputi lebih 80% penduduk Malaysia dengan rangkaian 3G mereka, sekaligus lebih 5,000 tapak 3G telah dibangunkan di timur dan barat Malaysia.
Melaluinya, Maxis kini meliputi lebih 21 juta penduduk Malaysia dengan rangkaian 3G, sekaligus mengurangkan jurang IT antara semua penduduk. Selain daripada pengumuman pencapaian ini, Maxis turut sama memperkatakan mengenai ujian teknologi LTE yang telah dijalankan mereka baru-baru ini. Menurut mereka, melalui ujian yang telah dilakukan, ianya menjanjikan kelajuan data sehingga empat kali lebih tinggi daripada sekarang ini.
Maxis menjangkakan akan memperkenalkan rangkaian LTE dalam beberapa bulan akan datang, dengan berkemungkinan besar kawasan Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama dan Damansara Jaya akan menerimanya terlebih dahulu.