Cari @ Amanz

Ingatkah lagi anda dengan program kesedaran mengenai sumber terbuka dan Linux yang diadakan di beberapa universiti seluruh negara sebelum ini dipanggil Linux Varsiti? Kini beberapa sumber memperkatakan yang mana berkemungkinan besar program tersebut akan dihentikan disebabkan tidak mendapat sambutan dan sokongan daripada universiti-universiti lain.

Namun begitu, perkara ini masih lagi tidak dapat disahkan buat masa ini. Melalui kemaskini status mereka di Facebook, mereka memperkatakan yang mana perjalanan selama 2 tahun bersama Linux Varsiti adalah suatu yang menarik, dan mereka akan menamatkannya sekarang, serta mengucapkan terima kasih kepada para penyokongnya.

Laman utama mereka juga tidak boleh diakses buat masa ini. Kami telah menghubungi pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Linux Varsiti ini.

2 years of Linux Varsiti great journey; and will end our sailing here in the year 2011. From the management, THANK… http://fb.me/uFImFjvFless than a minute ago via Facebook Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd