Cari @ Amanz

GMail Membolehkan Para Pengguna Mengubah-Suai Gambar Latar

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada kebolehan untuk para pengguna memilih tema kegemaran dan mengubah antaramuka paparan GMail mereka, kini Google membawanya setahap kehadapan lagi, dimana kini GMail boleh diubah-suai dengan gambar latar kegemaran para pengguna, serta menggunakan tema kegemaran mereka.

Untuk mengubahnya, para pengguna seperti biasa boleh klik pada “Themes” dan seterusnya memilih pilihan terakhir, “Create Your Own Theme” membolehkan para pengguna memuat-naik gambar kegemaran mereka serta pada masa yang sama boleh memilih bentuk tulisan dan sebagainya.

Ianya mungkin salah satu fungsi yang menarik apabila diintegrasikan bersama-sama dengan Chrome OS yang sememangnya menggunakan perkomputeran awan sepenuhnya. Mungkin lepas ini, lebih banyak aplikasi web Google akan menerima kebolehan untuk diubah-suai mengikut citarasa para pengguna.


Komen ()