Selain daripada pelancaran HTC Flyer oleh HTC Malaysia bersama-sama dengan Maxis pada petang ini kelak, kini beberapa ura-ura memperkatakan yang mana Maxis juga turut sama akan membawakan tablet Android Honeycomb 3.0 yang pertama didunia, Motorola Xoom ke Malaysia tidak lama lagi.
Buat masa ini, kami masih belum menerima pengesahan daripada pihak Maxis, dan melalui ura-ura yang kedengaran, ianya diperkatakan yang mana Maxis bakal membawanya masuk sekitar penghujung bulan April ini ataupun pada bulan Mei ini kelak. Namun begitu, perkara ini masih lagi belum disahkan dan masih dikategorikan sebagai ura-ura lagi buat masa ini.
Motorola Xoom membawakan Android 3.0, sistem operasi Android yang dioptimasikan untuk tablet, skrin sebesar 10.1″ dengan resolusi 1280×800 pixel, cip pemprosesan 1Ghz dual-core, kamera hadapan 2 megapixel dan kamera belakang 5-megapixel.