Cari @ Amanz

iOS 4.3.2 Sedia Untuk Dimuat-Turun

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah pelbagai ura-ura berkaitan pelancaran iOS 4.3.2, hari ini secara rasminya Apple telah pun melepaskan kemaskini kepada platform iOS popular mereka itu, membawakan beberapa pembaik-pulihan untuk masalah-masalah yang telah dikenal-pasti sebelum termasuk masalah ketika FaceTime, serta beberapa kemaskini sekuriti yang lain.

Para pengguna iOS boleh mula mengemaskini peranti mereka dengan mudah seperti biasa, dengan menyambungkan pada iTunes dan mula memuat-turun kemaskini platform tersebut, dan memastikan peranti mereka menggunakan platform terkini, dan tidak menghadapi sebarang masalah pada masa depan kelak.


Komen ()