Video Windows 8 Build 7955 Mula Kelihatan

Video Windows 8 Build 7955 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Apr 15, 2011 oleh .

Jikalau sehingga kini hanya beberapa paparan skrin berbentuk gambar sahaja mula kelihatan, kini versi pembangunan Windows 8 yang membawa angka pembangunan 7955 diperlihatkan dalam bentuk video, sekaligus memperlihatkan pelbagai fungsi-fungsi yang pernah diperlihatkan sebelum ini.

Sebelum ini, pada awal minggu ini, Windows 8 Milestone 1 dengan angka pembangunan 7850 telah pun mula tersebar dilaman-laman torrent. Namun begitu, ianya merupakan versi pembangunan yang lama, yang mana telah dihimpunkan pada tahun lepas. Video yang memperlihatkan Windows 8 Build 7955 semestinya yang terkini, dengan membawakan skrin log masuk seperti mana yang pernah diperlihatkan sebelum ini, serta beberapa fungsi yang lain.

Mungkin dengan ini, kita akan dapat lebih banyak versi-versi pembangunan baru Windows 8 mula tersebar ke internet tidak lama lagi. Microsoft juga dijangka akan melancarkan Windows 8 Beta pada penghujung tahun ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN