Cari @ Amanz

Exabytes Memperkenalkan Perkhidmatan Kedai Atas Talian – Easy.my

Oleh Aman

Link Copied!

Hari ini, Exabytes telah pun memperkenalkan salah satu perkhidmatan terbaru mereka, iaitu Easy.my. Melaluinya, Exabytes menyediakan sebuah sistem jualan yang amat menarik dan mudah dikendalikan, membolehkan para pengguna dan penjual menggunakannya untuk menjual sebarang perkara secara atas talian.


Laman Pengurusan Easy.my

Menariknya mengenai sistem Easy.my adalah dimana para penjual juga boleh menghubungkannya bersama-sama dengan Facebook, serta menjualnya terus melalui Facebook. Invois dan resit juga dijana secara automatik, memudahkan anda menguruskan perniagaan atas talian anda dengan lebih efisyen dan professional lagi.

Exabytes menyediakan beberapa pelan untuk Easy.my, termasuk pelan percuma yang didatangkan dengan pelbagai fungsi asas. Namun begitu, untuk mengintegrasikannya bersama-sama dengan Facebook, para pengguna perlu melanggan pelan berbayar mereka. Walaubagaimanapun, satu perkara yang pelik adalah dimana walaupun ianya menggunakan nama domain .my, ianya tetap memaparkan harga mengikut mata wang Singapura buat masa ini.


Komen ()