KRU Studios Melancarkan Saluran Tersendiri Pada Tonton.com.my

KRU Studios Melancarkan Saluran Tersendiri Pada Tonton.com.my

Diterbitkan pada Apr 15, 2011 oleh .

KRU Studios pada awal minggu ini telah pun memperkenalkan saluran televisyen atas talian mereka sendiri dengan nama KRU TV. Saluran baru itu telah diperkenalkan oleh mereka dengan kerjasama bersama-sama dengan Alt Media Sdn Bhd, dimana KRU TV menggunakan platform Tonton untuk penyiaran atas talian mereka.

Buat masa ini, KRU TV akan lebih memfokuskan kepada pelbagai berita hiburan, selain mana mereka juga bakal menayangkan pelbagai filem-filem terbitan KRU Studios dibawah saluran mereka di Tonton. KRU Studios memperkatakan yang mana segala kandungan pada KRU TV akan diperlihatkan secara percuma, namun para pengguna perlu berdaftar dengan Tonton terlebih dahulu.

Selain daripada itu, KRU TV juga dalam perancangan untuk memperkenalkan saluran televisyen atas talian mereka kepada para pengguna peranti mudah-alih tidak lama lagi. Tarikh pasti mengenai pelancarannya untuk peranti mudah-alih masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Tips daripada @Ikhwan_Shah. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus atau firdaus(a)amanz.my


TIPS & ULASAN