Kini, Bloomberg melaporkan yang mana Apple telah pun bersedia untuk melancarkan iPhone 4 versi warna putih, dan menjangkakan ianya akan menemui para pengguna pada penghujung bulan ini. Sebelum ini juga beberapa laporan telah kedengaran yang mana Apple hanya akan memulakan produksi iPhone 5 sekitar bulan September dan mula menjualnya pada penghujung tahun ini.
Gambar sekadar hiasan
Ianya diperkatakan yang mana iPhone 4 versi putih lebih sukar dibangunkan berbanding yang biasa, dimana beberapa masalah telah dihadapi, mengakibatkan penangguhan oleh pihak Apple. Walaubagaimanapun, Apple masih lagi belum mengesahkan berkenaan pelancaran iPhone 4 putih sehingga kini.
Selain daripada itu, Celcom juga dijangka bakal melancarkan iPhone 4 di Malaysia tidak lama lagi, dan telah pun memulakan pra-daftar untuk iPhone 4 pada awal minggu ini.