Cari @ Amanz

Kini, semua pembangun perisian sekuriti dan juga antivirus telah pun mula membangunkan produk mereka untuk tahun hadapan, dan salah satunya adalah Norton. Buat masa ini, Norton telah melepaskan dua versi beta perisian sekuriti mereka, iaitu Norton Internet Security 2012 dan juga Norton Antivirus 2012 secara percuma, membolehkan semua pengguna mengujinya.

Salah satu perkara baru pada Norton 2012 adalah kebolehan untuk menguruskan muat-turun, dimana anda boleh mengawal kemaskini aplikasi Norton anda apabila anda mempunyai jalur-lebar dengan kawalan muat-turun bulanan. Selain daripada itu, ianya turut membawakan sistem keselamatan sehingga 4 lapisan, pusat kawalan yang boleh diubah mengikut citarasa pengguna, kawalan identiti, serta juga Norton Recovery Tools untuk membolehkan anda membuang pelbagai virus dan perkara tidak diingini dengan mudah daripada sistem operasi anda.

Walaupun Norton 2012 ini diberikan secara percuma, ianya hanya tertakluk kepada penggunaan selama hanya 14 hari sahaja, dan selepas itu, anda terpaksa memuat-turunnya kembali dan memasangnya kembali untuk mendapatkan lagi penggunaan selama 14 hari. Ianya mungkin boleh digunakan sekiranya anda ingin menguji perisian antivirus akan datang daripada Norton sahaja, dan mungkin tidak sesuai untuk penggunaan pengguna biasa.

Para pengguna yang masih berminat, boleh memuat-turun Norton Internet Security Beta 2012, dan juga Norton Antivirus 2012 Beta dan mengujinya. Ianya dinasihatkan supaya tidak digunakan pada komputer utama anda, dan hanyalah sekadar ujian sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd