Maxis Memulakan Pra-Pendaftaran Untuk Motorola Xoom

Maxis Memulakan Pra-Pendaftaran Untuk Motorola Xoom

Diterbitkan pada Apr 16, 2011 oleh .

Sepertimana yang kami perkatakan sebelum ini, kini secara rasminya Maxis telah mengesahkan akan membawa masuk Motorola Xoom ke Malaysia, dan telah pun mulakan pra-pendaftaran untuk peranti tersebut. Mungkin tidak lama lagi, Maxis akan mengumumkan tarikh pelancarannya dan juga pakej dan pelan untuk tablet tersebut.

Motorola Xoom merupakan tablet Android Honeycomb yang pertama, membawakan cip pemprosesan 1GHz dual-core, skrin sebesar 10.1-inch, kamera hadapan 2-megapixel dan kamera belakang 5-megapixel, serta sokongan Adobe Flash untuk pelayaran web dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Xoom yang bakal dibawa masuk oleh Maxis adalah hanya versi WiFi, dan bukannya versi 3G.

Bagi para pengguna yang berminat boleh mendaftarkan minat pada halaman khas di Maxis, dan menerima pelbagai kemaskini berkaitan dengan Motorola Xoom. Selain daripada Motorola Xoom, pendaftaran untuk HTC Flyer juga turut sama telah dibuka.


TIPS & ULASAN