Carian
Pikubo – Instagram Untuk Pengguna BlackBerry
April 16, 2011 Aman

Dengan munculnya Instagram, ianya seperti telah mengubah cara kita mengambil-gambar dan memuat-naiknya ke web. Selain Instagram, terdapat beberapa aplikasi lain yang seumpamanya, termasuk Picplz, dan juga Molome untuk pengguna Nokia. Terkini merupakan Pikubo yang mana dibangunkan khas untuk pengguna BlackBerry buat masa ini.

Sama seperti aplikasi lain, Pikubo membolehkan para pengguna mengenakan beberapa efek keatas gambar yang dirakamkan melalui kamera telefon pintar Blackberry mereka, dan seterusnya berkongsi pada Twitter dan Facebook dengan hanya beberapa klik sahaja.

Buat masa ini, Pikubo 1.0 hanya boleh digunakan oleh para pengguna BlackBerry OS 5.0 dan BlackBerry OS 6.0 sahaja. Bagi para pengguna yang berminat, boleh melayari halaman aplikasi Pikubo menggunakan peranti BlackBerry mereka, dan seterusnya memuat-turun aplikasi tersebut secara percuma.

Komen