Cari @ Amanz

Dengan pelbagai peranti HTC yang dibawakan bersama oleh HTC dan Maxis ke Malaysia, kini mereka telah pun mengumumkan kerjasama strategik bersama, dimana HTC dan Maxis dijangka mengumumkan sehingga lima telefon pintar baru sepanjang suku-tahun kedua tahun ini.

Semalam sahaja, HTC bersama-sama dengan Maxis telah melancarkan dua peranti baru, iaitu HTC Flyer dan juga HTC Desire S, yang mana kedua-duanya ditawarkan eksklusif oleh Maxis untuk suatu jangka masa. HTC Flyer sendiri yang akan dijual pada harga RM2499 akan ditawarkan oleh Maxis pada harga serendah RM199 kelak.

Mungkin dalam beberapa minggu akan datang, kita akan dapat melihat lebih banyak peranti HTC baru yang ditawarkan oleh Maxis secara eksklisuf. Selain daripada HTC, Maxis juga turut sama menawarkan pelbagai peranti terbaru yang lain di pasaran Malaysia, termasuk Nexus S, dan akan datang Motorola Xoom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd