Pembangun GengBlogger Memperkenalkan GengFlick

Pembangun GengBlogger Memperkenalkan GengFlick

Diterbitkan pada Apr 16, 2011 oleh .

Selain daripada GengBlogger dan juga Vlog, kini pembangun disebaliknya turut memperkenalkan perkhidmatan baru dibawah nama GengFlick. Melalui GengFlick, ianya menyediakan sebuah platform untuk soal-jawab, dimana para pengguna boleh mengemukakan soalan kepada para pengguna yang berlawanan jantina dengan mereka.


Antaramuka Laman GengFlick.com

Sama seperti pelbagai perkhidmatan yang pernah diperkenalkan oleh mereka sebelum ini, GengFlick menggunakan mekanisma pendaftaran melalui akaun Twitter, sekaligus memudahkan proses pendaftaran. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ianya masih lagi dalam proses pembangunan, memandangkan beberapa fungsi masih lagi tidak dapat diakses sepenuhnya pada halaman tersebut.


Ruangan Bertanyakan Soalan Pada GengFlick.com

Para pengguna yang berminat, boleh bermain soal-jawab bersama rakan-rakan anda yang lain dilaman GengFlick.


TIPS & ULASAN