Cari @ Amanz

Sebelum ini, ianya telah sedia diperkatakan yang mana Windows 8 kelak akan membawakan fungsi boot komputer yang lebih pantas berbanding sebelumnya, dan untuk mengukuhkannya lagi, kini salah satu fungsi baru kelihatan pada versi pembangunan Windows 8 yang mana dipanggil sebagai Hybrid Boot.


Fungsi Hybrid Boot Pada Versi Pembangunan Windows 8 [via]

Melalui Hybrid Boot ini kelak, ianya mengurangkan masa yang diambil oleh komputer untuk memulakan kembali setelah ditutup sebelumnya. Dengan memilih tetapan Hybrid Boot, ianya akan mengantikan fungsi Shutdown klasik yang terdapat pada Windows, sekaligus menjimatkan masa anda untuk memulakan kembali komputer anda setelah menutupnya.

Windows 8 merupakan versi generasi Windows yang kini sedang dibangunkan oleh Microsoft, dan diperkatakan sudah pun mencapai Milestone 3, iaitu versi sebelum versi Beta dilepaskan kepada umum. Windows 8 dijangka akan dilepaskan kepada umum lewat tahun ini, seterusnya dilancarkan pada lewat 2012, dan mula dijual pada Januari 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd