Aplikasi iPad New Straits Times Dilancarkan

Aplikasi iPad New Straits Times Dilancarkan

Diterbitkan pada Apr 18, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan aplikasi iPad untuk Harian Metro, kini NTSP Press memperkenalkan aplikasi iPad khas untuk satu lagi akhbar keluaran mereka, iaitu New Straits Times. Sama seperti untuk Harian Metro, untuk New Straits Times juga ianya diberikan secara percuma dan dikeluarkan setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.

Aplikasi iPad New Straits Times turut sama memperkenalkan fungsi interaktif, dan hanya mempamerkan beberapa berita yang terpilih sahaja, dan bukannya segala berita yang terdapat pada versi cetak terdapat pada versi iPad.

Para pengguna iPad boleh memuat-turun aplikasi iPad New Straits Times secara percuma daripada iTunes. Selain daripada itu, mungkin juga kita akan dapat melihat aplikasi iPad untuk Berita Harian tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN