iPhone 4 Putih Akan Dilancarkan Pada 26 April Ini?

iPhone 4 Putih Akan Dilancarkan Pada 26 April Ini?

Diterbitkan pada Apr 18, 2011 oleh .

Setelah kedengaran yang mana Apple bakal melancarkan iPhone 4 tidak lama lagi, kini timbul ura-ura memperkatakan yang mana Apple bakal melancarkannya secara rasmi pada 26 April ini. Namun begitu, perkara ini masih lagi belum disahkan oleh Apple buat masa ini.

iPhone 4 Putih

Apple sebelum ini telah memperkenalkan iPhone4 pada tahun lepas, membawakan pelbagai perkara baru, termasuk kamera hadapan untuk panggilan FaceTime. iPhone 4 putih dijangka membawakan fungsi dan spesifikasi yang lebih kuranng serupa, namun ianya ditangguhkan sehingga kini disebabkan isu berkaitan cat berwarna putih. Namun begitu, kini seperti ianya telah selesai, dan akan mula dijual tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN