Cari @ Amanz

Sejak Windows 8 Milestone 1 yang tersebar di internet pada minggu lepas, pelbagai fungsi-fungsi baru pada Windows 8 mula diperlihatkan satu demi satu. Terbaru adalah informasi berkaitan dengan Task Manager, dimana Windows 8 akan membawakan Task Manager yang diperkemaskini dengan beberapa perkara baru.

Bagi para pengguna Windows, semestinya anda perasan yang mana Windows membawakan Task Manager yang hampir serupa sejak daripada beberapa versi Windows yang sebelum ini, dan ini nampaknya akan berubah pada Windows 8.

Daripada rekabentuk baru ini juga, ianya kelihatan seperti membawakan antaramuka yang mesra skrin sentuh untuk Task Manager, serta diperkatakan yang mana ianya membawakan cara baru untuk membunuh sesuatu aplikasi itu. Walaubagaimanapun, pada Windows 8 M1, ianya masih lagi mempunyai beberapa masalah dalam mengendalikan Task Manager tersebut.

Perkara ini adalah suatu kebiasaan, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan buat masa ini. Terkini, Microsoft sudah pun memasuki fasa Milestone 3 dalam pembangunan Windows 8, dan versi beta pertama dijangka akan dilepaskan seawal penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd