Microsoft bukan sahaja sedang membangunkan Windows 8, tetapi juga aplikasi pejabat popular mereka Office 15, dan menariknya ianya kelihatan yang mana Microsoft ingin menjadikan antaramukanya turut sama serasi dengan Windows Phone, iaitu menggunakan antaramuka Metro.
Office 15 turut sama akan membawakan antaramuka Metro [via]
Windows 8 juga dijangka akan membawakan antaramuka Metro untuk sistem operasinya, dan selain daripada itu, melalui gambar yang kelihatan pada internet baru-baru ini, Office 15 juga dilihat akan menggunakan antaramuka Metro, sama seperti pada Windows Phone 7.
Buat masa ini, Microsoft masih lagi belum mengumumkan sebarang perkara berkaitan Office 15, dan masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan secara rasminya kepada umum. Namun mengikut perkembangannya, pelancarannya dengan Windows 8 mungkin tidak jauh berbeza tarikhnya.