Setelah mengumumkan penutupan beberapa produk Yahoo! sebelum ini, kini Yahoo! terus menambah produk dan perkhidmatan yang akan dihentikan mereka, dan terbaru adalah Yahoo! Buzz. Menurut Yahoo!, Yahoo! Buzz akan dihentikan sokongan bermula 21 April, dan selepas tarikh tersebut laman tersebut tidak lagi akan dapat diakses.
Yahoo! Buzz sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2008, membawakan fungsi lebih kurang sama seperti laman popular Digg, dimana para pengguna boleh berkongsi artikel-artikel menarik bersama para pengguna yang lain.
Sebelum ini, pada akhir tahun lepas, beberapa produk Yahoo! diperkatakan akan dihentikan, dan Yahoo! telah pun menutup MyBlogLog, dan terkini nampaknya Yahoo! Buzz. Nampaknya, selain daripada Google, Yahoo! turut sama mempunyai masalah dalam membangunkan perkhidmatan sosial mereka.