Setelah lebih 3 minggu aplikasi iPad Harian Metro dilepaskan kepada umum, kini ianya diperkatakan yang mana aplikasi iPad Harian Metro telah pun dimuat-turun lebih 7 ribu kali sejak pelancarannya, suatu angka yang menarik sejak pelancarannya.
Sebelum ini, aplikasi iPad Harian Metro juga turut sama tersenarai dikalangan antara 10 aplikasi iPad tempatan yang terpopular dan paling banyak dimuat-turun. Nampaknya, para pengguna tablet iPad di Malaysia tidak kurang juga ramainya apabila dilihat secara rambang daripada angka muat-turun yang diperlihatkan oleh Harian Metro.
Selain daripada aplikasi Harian Metro, baru-baru ini, NSTP turut sama telah memperkenalkan aplikasi iPad untuk New Straits Times, yang mana menawarkan berita-berita terpilih daripada kahbar popular NST.