Twitter Dalam Perbincangan Awal Mengambil-Alih TweetDeck

Twitter Dalam Perbincangan Awal Mengambil-Alih TweetDeck

Diterbitkan pada Apr 19, 2011 oleh .

Selain daripada UberMedia yang diperkatakan sedang berbincang dengan pihak TweetDeck, kini Twitter juga diperkatakan sedang melakukan perkara sama, dimana ianya diperkatakan yang Twitter dalam perbincangan awal, menawarkan sehingga $50 juta untuk mengambil-alih perkhidmatan TweetDeck.

Ianya masih lagi tidak diketahui apakah dan bagaimanakah Twitter akan menggunakan TweetDeck kelak, namun ianya mungkin salah satu langkah yang baik, memandangkan kebanyakkan pengguna desktop menggunakan aplikasi tersebut, dan sehingga kini Twitter masih lagi belum menawarkan aplikasi desktop untuk penggunanya.

TweetDeck Web
TweetDeck Turut Diperkatakan Akan Memperkenalkan Aplikasi Web

Perbincangan awal masih lagi sedang berlaku buat masa ini, dan masih belum diumumkan secara rasmi berkaitan pengambil-alihan ini.

Tips daripada AffanRuslan. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus atau emelkan kepada firdaus(a)amanz.my


TIPS & ULASAN