Cari @ Amanz

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berkenaan dengan salah satu perkhidmatan web baru daripada kerajaan, yang mana salah satu perkhidmatan yang bakal disediakan adalah termasuk perkhidmatan emel 1Malaysia kepada para pengguna tempatan berumur 18 tahun ke atas.

Selain daripada itu, portal web yang merangkumi pelbagai perkara itu juga kelak akan turut sama mengintegrasikan perkhidmatan rangkaian sosial, kebolehan untuk membayar bil, serta pelbagai aplikasi lain yang dibangunkan oleh para pembangun tempatan.

Ianya diperkatakan segala data yang disimpan dan dihantar adalah selamat, dan akan menjadi salah satu medium interaksi antara kerajaan dan juga rakyat dengan mudah.

Perkhidmatan ini akan dibangunkan oleh Tricubes Berhad. Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman dibuat pada laman Tricubes, dan hanya memperlihatkan berita pada tahun 2008 yang lepas sahaja, tanpa sebarang kemaskini daripada tarikh tersebut.

Kemaskini : Ianya dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Julai, dan Tricubes akan membangunkannya dengan kerjasama daripada pihak Microsoft.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd