Cari @ Amanz

Dengan salah satu perkhidmatan GPS yang terbaik buat masa ini, Nokia terus menambah-baik perkhidmatan Ovi Maps mereka, dimana kini Nokia mengikut jejak Google dan Bing, dalam memperkenalkan peta dalam bentuk 3D. Namun begitu, buat masa ini, ianya hanya menyokong beberapa bandar utama di luar negara sahaja.

Buat masa ini, fungsi peta 3D ini hanya terdapat di beberapa bandar, termasuk London, Barcelona, Los Angeles, New York, San Francisco dan Helsinki. Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan menyokong bandar-bandar di Malaysia.

Sama seperti Ovi Maps, Ovi Maps 3D ini juga akan ditawarkan secara percuma. Bertambah menarik lagi, para pengguna desktop juga boleh menikmatinya dengan hanya memasang plugin tambahan pada pelayar web anda. Buat masa ini, ianya menyokong Internet Explorer 7+, Firefox 3.5+, Safari 5+ dan juga Google Chrome.

Tips daripada Effi Obefiend. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter ataupun emelkan kepada firdaus(a)amanz.my

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd