Seperti mana yang dinantikan, Astro kini telah pun melancarkan Astro Byond IPTV, iaitu perkhidmatan siaran Astro atas talian jalur-lebar, selain turut didatangkan bersama-sama dengan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan-tinggi serta perkhidmatan suara.
Perkhidmatan Astro Byond IPTV ini dilancarkan bersama-sama TIMEdotcom, dimana TIMEdotcom akan menjadi tulang belakang untuk perkhidmatan jalur-lebarnya. Untuk perkhidmatan IPTV ianya akan menggunakan sebuah talian yang didekasikan, serta talian lagi satu khas untuk pelayaran web.
Pakej Astro Byond IPTV bermula daripada 3Mbps pada harga RM128, 6Mbps pada harga RM148, 12Mbps pada harga RM218, dan juga 24Mbps pada hagra RM298. Setiap pakej (kecuali 3Mbps) didatangkan dengan sokongan Boost, membolehkan anda menikmati kelajuan hampir dua kali ganda untuk 30 jam setiap bulan.
Para pengguna yang berminat, boleh menyemak lokasi, dan juga melakukan pendaftaran mulai hari ini. Buat masa ini, perkhidmatan suara masih lagi belum diaktifkan, selain Astro menawarkan perkhidmatan Video-On-Demand selama percuma sehingga 1 Julai, sebelum menetapkan harganya untuk perkhidmatan tersebut.