Carian
Friendster Meminta Penggunanya Membuat Salinan Data Sebelum Data Dipadam
April 20, 2011 Aman

Setelah sekian lama tiada kemaskini daripada pihak Friendster, kini ianya diperkatakan yang mana mereka sudah pun dalam perancangan untuk memperkenalkan Friendster baru yang lebih menjurus kepada permainan dan pembelian atas talian. Sebagai langkah awalnya, Friendster sudah mula menghantar emel kepada para penggunanya berkenaan dengan perkara tersebut.

Melalui emel yang dihantar kepada setiap penggunanya, Friendster meminta para pengguna untuk membuat salinan data mereka pada Friendster, termasuk, data profail, gambar, mesej, dan blog, dimana ianya akan dipadam setelah 31 Mei 2011. Untuk memudahkan proses pemindahan, Friendster menyediakan sebuah aplikasi khas, memudahkan anda memindahkannya kepada Flickr dan juga Multiply.

Bagi para pengguna yang ingin membuat salinan data mereka di Friendster, mereka boleh memuat-turunnya dengan mudah melalui aplikasi khas yang disediakan oleh pihak Friendster. Buat masa ini, masih tiada pengumuman berkenaan versi baru Friendster, namun para pembangunnya memperkatakan versi baru akan menyusul dalam beberapa minggu lagi.

Terima kasih @BeliaMuda untuk tips.

Komen