Najib : Tiada Duit Kerajaan Terlibat Dalam Projek Emel 1Malaysia

Najib : Tiada Duit Kerajaan Terlibat Dalam Projek Emel 1Malaysia

Diterbitkan pada Apr 20, 2011 oleh .

Setelah mengumumkan mengenai projek emel 1Malaysia oleh Datuk Seri Najib Razak pagi tadi, ianya telah menerima kritikan daripada ramai pihak, dan kini, Perdana Menteri kita sendiri menekankan yang mana projek emel 1Malaysia tersebut tidak akan menggunakan duit kerajaan, sebaliknya merupakan projek sektor swasta sahaja.

Syarikat disebalik projek tersebut, Tricubes Berhad sebelum ini telah diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan sebuah perkhidmatan emel 1Malaysia khas untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sebelum ianya diperlihatkan yang mana ianya merupakan salah satu syarikat bermasalah, dan tersenarai di Bursa Malaysia sebagai salah satu syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya yang lemah.

Ianya diperkatakan yang mana perkhidmatan emel 1Malaysia kelak akan dilancarkan kepada umum pada sekitar bulan Julai kelak, selain Tricubes Berhad akan membangunkannya dengan kerjasama daripada pihak Microsoft.

Maklumat lanjut berkaitan perkara ini masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Before I sleep , let me clarify that the 1Malaysia E Mail is a private sector project. No public money is involved n entirely voluntary.less than a minute ago via TweetDeck Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN