Setelah lebih setahun beroperasi, kini GengBlogger mencapai suatu pencapaian yang baru, dimana sehingga kini lebih 20,000 orang pengguna telah berdaftar menggunakan perkhidmatan mereka, sekaligus memperlihatkan perkembangan positif dikalangan para penulis blog tempatan.
GengBlogger yang menyediakan salah satu platform untuk para penulis blog menghantar artikel telah turut sama menjadi salah satu platform yang menghubungkan para penulis blog tempatan bersama yang lain. Ianya turut sama digunakan sebagai platform untuk berbincang antara satu sama lain dan pendaftaran menggunakan akaun Facebook turut sama memudahkan segala urusan padanya.
Sebelum ini, GengBlogger telah memperkenalkan widget pelawat untuk semua penggunanya, selain turut sama diperkatakan dalam proses untuk mengantikan log masuk ke laman tersebut menggunakan akaun Twitter. Selain GengBlogger, pembangunnya juga turut sama telah memperkenalkan beberapa lagi perkhidmatan lain, termasuk Vlog.my dan juga GengFlick.