Carian
BlackBerry Protect Dilancarkan Untuk Pengguna Malaysia
April 20, 2011 Aman

Setelah melancarkan versi beta untuk BlackBerry Protect pada awal bulan Mac yang lalu, kini para pengguna tempatan sudah boleh menggunakan perkhidmatan BlackBerry Protect. Melalui perkhidmatan terbaru daripada RIM itu, ianya membolehkan para pengguna melindungi peranti BlackBerry mereka daripada pelbagai keadaan yang tidak diingini.

BlackBerry Protect

Melalui BlackBerry Protect, ianya menawarkan beberapa fungsi menarik, termasuk kebolehan untuk menemui peranti BlackBerry melalui fungsi GPS, mengunci dan menetapkan kata laluan untuk BlackBerry anda, mengaktifkan bunyi yang kuat untuk membolehkan anda menemui BlackBerry anda, membuat salinan data untuk disimpan, memadam segala data melalui komputer, dan banyak lagi.

Untuk para pengguna BlackBerry, anda boleh memuat-turunnya secara percuma daripada BlackBerry App World, dan mula melindungi peranti BlackBerry anda.

Terima kasih @Roslan_Nazri untuk tips.

Komen