Walaupun kebanyakkan laman sosial kecundang pada era Facebook dan Twitter kini, Tagged merupakan salah satu yang masih kekalkan keuntungannya, dan terkini mereka mengambil langkah awal dengan membeli syarikat disebalik Digsby, dan mendapatkan teknologi dan pekerjanya menyertai Tagged.
Sehingga kini, ianya dilaporkan yang mana Tagged mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna, manakala Digsby mempunyai lebih daripada 3 juta pengguna. Digsby merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan para pengguna berinteraksi dan berkomunikasi melalui emel, IM, dan juga rangkaian sosial dengan mudah, selain mana para pemilik laman web boleh mengintegrasikan Digsby dengan mudah pada laman-laman mereka.
Harga pembelian tidak diumumkan oleh pihak Tagged, dan menurut Tagged, perkhidmatan Digsby akan dikekalkan sebagai produk berasingan, selain beberapa fungsinya akan diintegrasikan pada Tagged, termasuk teknologi komunikasi masa-nyata, yang mana bakal diperkenalkan pada Tagged.