iPhone 5 Akan Mulakan Pengeluaran Pada Julai, Jual Bermula September?

iPhone 5 Akan Mulakan Pengeluaran Pada Julai, Jual Bermula September?

Diterbitkan pada Apr 20, 2011 oleh .

Menurut beberapa sumber dan laporan, ianya diperkatakan yang mana Apple akan mulakan pengeluaran iPhone generasi baru mereka bermula bulan Julai ini, dan produk akhirnya, iaitu iPhone 5 berkemungkinan besar akan mula dijual bermula daripada bulan September tahun ini kelak.

Tambahan lagi, ianya diperkatakan yang mana iPhone 5 akan membawakan processor yang lebih pantas lagi, serta akan membawakan rekabentuk yang lebih kurang serupa seperti iPhone 4. Spesifikasi dan pelbagai fungsi baru yang bakal dibawakan iPhone 5 masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Apple masih tidak memberikan sebarang komen berkaitan perkara ini, dan ianya masih lagi tidak diketahui perancangan Apple untuk iPhone generasi akan datang mereka itu.


TIPS & ULASAN