Projek Emel 1Malaysia Menggunakan Domain MyEmail.my Dan Perkhidmatan Windows Live

Projek Emel 1Malaysia Menggunakan Domain MyEmail.my Dan Perkhidmatan Windows Live

Diterbitkan pada Apr 20, 2011 oleh .

Setelah diumumkan semalam, kini halaman untuk projek emel 1Malaysia telah pun boleh diakses, dimana ianya menggunakan nama domain MyEmail.my. Selain daripada itu, ianya juga dilihat yang mana memandangkan ianya dibangunkan dengan kerjasama pihak Microsoft, kelak ianya akan mengguna-pakai perkhidmatan Windows Live sebagai tonggak utamanya.


Halaman Utama MyEmail.my

Melalui laman tersebut yang dibangunkan bersama oleh Tricubes Sdn Bhd, dan Microsoft merupakan salah satu initiatif kerajaan, dimana melaluinya mereka berharap untuk menyediakan sebuah platfom yang selamat dan boleh dipercayai.

Beberapa info pada laman tersebut memperlihatkan yang mana MyEmail kelak akan menyediakan ruangan sebanyak 25Gb, serta turut sama didatangkan bersama-sama dengan fungsi-fungsi lain yang terdapat pada Windows Live, termasuk kebolehan untuk mengubah dokumen secara terus melalui atas talian.

Buat masa ini, pendaftarannya belum lagi dimulakan, dan ianya dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Julai kelak.


TIPS & ULASAN