Setelah memperlihatkan rekabentuk dashboard yang serba baru untuk para pengguna Blogger, kini Google mula memperkenalkannya kepada para pengguna untuk mengujinya terlebih dahulu melalui Blogger In Draft. Namun begitu, ianya akan diperkenalkan secara berperingkat dalam masa beberapa minggu akan datang.
Antaramuka Dashboard Blogger Yang Baru
Buat masa ini, mungkin ada yang sudah dapat melihat rekabentuk dashboard Blogger yang baru, dan mungkin yang tidak apabila anda log masuk ke Blogger In Draft hari ini. Menurut Google, ianya telah dibangunkan semula daripada awal menggunakan teknologi web yang serba baru, membolehkan mereka memperkenalkan kemaskini selepas ini dengan lebih mudah dan pantas lagi.