Setelah memperkenalkan pelayar web desktop versi beta, kini RockMelt terus maju dimana kini mereka bakal melancarkan RockMelt untuk peranti iOS tidak lama lagi. Melalui aplikasi untuk pelayar mudah-alih itu, RockMelt akan membolehkan para pengguna mengakses bookmark, senarai hubungan dan tetapan dengan lebih mudah, selain daripada pada desktop.
RockMelt untuk iOS kini menunggu pelepasan daripada Apple untuk disertakan pada AppStore, selain mana versi Android dan untuk sistem operasi lain bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Fungsi sosial juga turut sama diintegrasikan padanya, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa rakan-rakan mereka dengan mudah.
Selain daripada RockMelt, beberapa pembangun pelayar web lain turut telah memperkenalkan aplikasi untuk peranti mudah-alih, termasuk terkini Firefox selain Opera yang telah sekian lama diperkenalkan.
RockMelt Pada iOS