Google hari ini telah pun memperkenalkan Google Toolbar versi terbaru yang mana lebih kemas dan pantas berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, Google Toolbar 7 juga turut sama membawakan pelbagai fungsi baru padanya.
Salah satu fungsi baru pada Google Toolbar 7 adalah fungsi Toolbar Instant, yang mana memaparkan ramalan kata kunci sebaik sahaja anda mula menaip pada kotak carian di Google Toolbar. Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan fungsi terjemahan automatik, melihat Page Rank sesuatu web itu, kebolehan untuk menghalang pop-up, serta fungsi auto-fill.
Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Google Toolbar 7 untuk pelayar web mereka, dan dapat menggunakan pelbagai fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya.