Cari @ Amanz

Nampaknya Celcom bakal melancarkan iPhone 4 di Malaysia lebih pantas daripada apa yang dijangkakan sebelum ini, iaitu pada hari Jumaat ini. Dan menariknya adalah dimana Celcom bukan sahaja akan melancarkan iPhone 4 sahaja, malah bersama-sama beberapa peranti yang lain, termasuk satu tablet.

Melalui jemputan yang dihantar oleh Celcom untuk majlis pelancaran hari Jumaat ini, beberapa peranti diperlihatkan, termasuk LG Optimus 2X yang dilancarkan baru-baru ini di Malaysia, termasuk sebuah tablet yang dijangkakan sebagai Samsung Galaxy Tab.

Harga dan pakej untuk iPhone 4 dan beberapa perkara lain dijangka akan diumumkan pada hari Jumaat ini, dan menariknya, Celcom turut sama memperkatakan yang mana mereka bakal memperlihatkan sebuah teknologi baru pada hari tersebut. Sama-sama nantikan perkembangan berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd