Joomla 1.7 Akan Dilancarkan Pada 10 Julai Kelak

Joomla 1.7 Akan Dilancarkan Pada 10 Julai Kelak

Diterbitkan pada Apr 20, 2011 oleh .

Nampaknya kini, dengan teknologi yang bergerak pantas, bukan sahaja pembangun pelayar web yang mempercepatkan pembangunan mereka, malah pelbagai pihak lain juga, termasuk yang terkini Joomla mengumumkan yang mana mereka akan menggunakan latar masa dalam pembangunan bermula daripada Joomla 1.7.

Melalui artikel terkini pada blog rasmi mereka, Joomla memperlihatkan yang mana Joomla 1.7 bakal dilepaskan kepada umum pada 10 Julai 2011. Buat masa ini, fungsi-fungsi baru yang bakal diperkenalkan pada Joomla 1.7 masih lagi tidak diketahui sepenuhnya.

Memandangkan ianya merupakan kali pertama Joomla memperlihatkan jangka masa pembangunan untuk tempoh pembangunan mereka, berkemungkinan besar ianya mungkin terlebih ataupun terkurang. Namun begitu, ianya dijangka yang mana kita masih dapat melihat versi baru Joomla 1.7 sekitar tempoh tersebut.

Versi terkini Joomla yang telah dilepaskan kepada umum adalah Joomla 1.6.3 yang mana telah dilepaskan pada hari ini.


TIPS & ULASAN