Carian
iOS 4 Menyimpan Data Lokasi Para Penggunanya?
April 21, 2011 Aman

Kini, ianya dilaporkan salah satu fungsi pada iOS 4 yang sedikit membimbangkan yang ditemui oleh dua orang pengkaji, dimana melalui fungsi tersebut, lokasi anda direkodkan, bersama-sama data masa, dan disimpan pada peranti iOS 4 anda. Data tersebut boleh diakses melalui nama fail consolidated.db dan boleh dibaca melalui suatu aplikasi khas.

Sebuah aplikasi khas untuk Mac OS X telah pun diperkenalkan, iaitu iPhoneTracker, dimana melaluinya ianya akan memperlihatkan data tersebut dalam bentuk imej yang menarik dan mudah difahami.

Buat masa ini, ianya diperkatakan yang mana tiada sebarang bahaya yang dibawakan dengan menyimpan data tersebut, kerana pihak ketiga tidak mempunyai akses kepada data tersebut. Namun begitu, ianya masih menjadi tanda tanya mengapakah Apple tidak mengumumkan perkara tersebut kepada umum, dan mengapa ianya disimpan dan akan digunakan oleh Apple masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Terima kasih @Aeropama untuk tips.

Komen