Cari @ Amanz

Halaman Twitter Baru Diperkenalkan Untuk Semua

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah menghadapi sedikit masalah ketika memperkenalkan halaman utama baru Twitter sebelum ini, kini nampaknya Twitter telah mengatasi perkara tersebut, dan memperkenalkannya kepada semua pengguna bermula semalam.

Mungkin bukan semua dapat melihatnya buat masa ini, dan akan mengambil masa beberapa hari untuk semua pengguna Twitter melihatnya. Melalui halaman baru Twitter ini, ianya lebih memfokuskan kepada carian, selain mengajak para pengguna untuk mengikuti minat mereka melalui Twitter.

Pendaftaran juga diperlihatkan pada halaman utama, serta kotak dialog untuk log masuk dibahagian atas halaman. Ianya kelihatan lebih ringkas dan menarik berbanding sebelumnya. Sebelum ini, Twitter telah pun memperkenalkan topik terhangat kepada para pengguna tempatan, dan mungkin beberapa perkara menarik lagi akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.


Komen ()